Saturday 4 August 2012

CITA-CITA

Assalammualaikum, masa hari Jumaat haritu(3 Ogos 2012), masatu aku nak pergi makmal Sains Pertanian dengan Ipin. Tiba-tiba ada sorang senior Elektrik datang dekat aku dan dia tanya:

Senior: Kau kelas apa?
Aku: Kelas 4 Pertanian 1. Asal? *sambil senyum*
Senior: 4 Pertanian 1? *Sambil melihat buku yang aku tengah pegang* oh pertanian. Kau tuu laki lebih baik kau amik Elektrik. Kau nanti besar nak jadi apa?
Aku:*aku hanya mampu bersenyum walaupun soalan dia macam asdfghjkl* Nak jadi Doktor :)*muka confident*
Senior: Layak ke kau nak jadi Doktor?
Aku: InsyaAllah :) hehe
Senior: Doktor apa? Doktor Falsafah? haa Doktor Falsafah Elektrik. Elektrik pun ada tau.
Aku:*tak habis-habis dengan Elektrik dia*hehe ada ke? tak pernah dengar pun :O
Senior: Ada :) SP senang tak?
Aku: Senanglah jugak tapi bosan sikit
Senior: Apa yang susah sangat baca je!
Aku: *yelah*

                                                     . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Perbualan ni terhenti dekat situ sebab aku dah sampai dekat makmal SP yang dia tuu pergi makmal Elektrik dia tu haha.


~Semua orang ada cita-cita masing-masing untuk dicapai. Kalau macam aku korang tau kan hehe. Kalau aku di takdirkan jadi Petani nak buat macam mana. Kan? haha. Tak kesahlah yang penting semua tu daripada sumber yang halal walaupun sedikit~ Assalammualaikum xD

BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

     Belajar secara berkumpulan memang menyeronokkan. Ia mampu memberi banyak manfaat dan kebaikan asalkan caranya betul.
  Pelajar yang mahirdalam satu-satu matapelajaran dapat membimbing pelajar yang lemah. Tak baik kita kedekut ilmu dekat kawan kita, ia bukan merugikan tapi dapat memberi banyak manfaat terhadap kita. Dalam proses ini, berlaku dua perkara, iaitu diajar dan mengajar. Orang yang diajar dapat memahami topik yang dirasakannya sukar. Orang yang mengajar pula mampu meningkatkan kemahiran mendapatkan pengetahuannya dalam tajuk itu. Bagi mendapatka manfaat yang maksimum, belajar secara berkumpulan perlu dilakukan mengikut cara serta strategi tertentu.
  Pertama, belajar secara berkumpulan lebih sesuai diadakan ketika peperiksaan semakin hampir. Dengan ini, setiap ahli kumpulan sudah membuat persediaan dan ada sesuatu yang dapat dibincangkan. Sekiranya diadakan pada awal semester, ahli-ahli kumpulan masih kabur dan banyak masa akan terbuang.
  Kedua, setiap ahli kumpulan kumpulan perlu ada disiplin diri yang kukuh. Cuba tahan diri daripada berbual kosong dab melakukan perkara sia-sia haha*sapa lettuw?. Pastikan dalam setiap pertemuan, ada objektif dan matlamat tertentu.
  Ketiga, jangan terlalu membuang masa kepada satu perkara, persoalan ataupun topik. Sekiranya perbincangan menjadi buntu, bincangkan topik lain pula. Utarakan kepada guru sebarang perkara yang menjadi kebuntuan dalam perbincangan.
  Akhir sekali,pastikan kebolehan seetiap ahlikumpulan seimbang. Maksudnya, ada pelajar yang pandai, ada pelajar sederhana dan ada pelajar yang lemah. Sekiranya semua ahli adalah palajar yang pandai, tidak banyak kemajuan dapat dicapai. Begitu juga sekiranya semua ahli adalah pelajar lemah.
  Jadi, kepada para pelajar yang bakal menghadapi ujian dan peperiksaan, jangan lepaskan peluang belajar secara berkumpulan. Cari ahli, tetapkan masa serta tempat pertemuan dan belajarlah dengan seronok. Sekiranya boleh, carilah ahli yang sejantina. Dengan itu, perbincangan dapat diadakan debgan mudah dan terbuka.


   



       

                                                                                                             

Assalammualaikum xD




Wednesday 1 August 2012

MENTOL LAMPU

     Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa yang bernama Doktor Khai terlihat salah seorang pesakitnya iaitu Ady mengerjakan sesuatu.
     Bila dihampiri, ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk di lantai iaitu Ady sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosong *ish3x memang betul betul sakit jiwa ni* hehe :). Seorang lagi sedang bergayut iaitu Sajat dari atas syiling. Doktor tersebut merapati pesakit kesayangannya dan bertanya apa yang dibuatnya duduk dilantai. 
"Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?" jawab Ady dengan nada yang marah dan kasar.

"Apa pulak yang dia ni buat bergayut ke siling?" tanya doktor sambil menuding jari ke Sajat.

"Oh... Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit... Dia ingat dia tu mentol lampu" jawab Ady.

"Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera. Kalau jatuh nanati?" soal doktor lagi.

"Abis tu. macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap? diakan mentol lampu"   



~Jadi kita janganlah memandang rendah kenapa orang yang rendah?. Bukan!Kita janganlah memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik daripada kita contoh Ady dengan Sajat seperti yang dicertitakan di atas~ Assalammualaikum:)