Thursday 28 February 2013

Hari Yang Malang

Hi blogger :( hmm harini hari yang malang bagi aku. Dahlah dekat sekolah tadi aku takda mood dgn penatnya lagi dgn ngantuknya lagi arghhh malaslah aku nak fikir -.- tadi aku rasa best gile sbb harini takda kelas tambahan haa aku dah plan awal-awal dah balik nanti buat apa ;p last-last semua plan akuu hancur :/ maybe ni sbb peraturan baru sekolah aku kot. Kalau dulu masa amali solat kalau dah masuk waktu or semua dah sampai terus solat tp sekarang kena tunggu semua org ada then ketua kelas kena tick mana sorang-sorang sapa yg ada sapa yg takda. Nak buat tu dah makan masa dah sampai waktu dah balik pun belum start solat lagi hmm. Dah habis solat then terus balik aishh ingatkan nak temankan jiran aku balik sbb ni last dia outsider lepas ni dia dah jadi insider. Ingatkan dia tunggu rupanya dia dah balik hmm nasib baik ada Ipin :) masa nak tunggu bas tu lama sgt! 40 minit gitu hmm then dah sampai larkin bas iskandar dah terlepas pulak -.- hmm aku tunggulah bas tu dari pukul 3.30 sampai pukul 4.30 -.- dah macamm apa tahh aku duduk dkt situ. Then haa aku nak naik teksilah! bila aku tanya berapa nak bayar haa dia boleh charge 15 ringgit!!! mahalnyaaa ;( setahu akulah dari larkin ske rumah aku tak sampai 15 ringgit. Aku dahlah tak cukup duit haa aku cakaplah dekat dia nanti dah sampai depan rumah aku bayar tp dia taknak haa tolak rezeki betul -.- then dia membebel apa tah aku malas nak dgr then terus tutup pintu terus gerak haa cari bas lain. Aku dahlah takda mood dia boleh membebel pulak hmm. Haa aku naiklah bas ke bandar haa aku tau kalau naik bas tu memang lambat sekurangnya 1 jam gitu so, aku naiklah daripada aku duduk dekat situ sorang-sorang macam apa je. Aku nak call ayah aku tp ayah aku ada kursus dekat hotel takut menyusahkan pulak haa malaslah aku nak call. Masa otw tengah menapak pergi rumah aku haa hujan pulak hasib baik tak lebat. Habis baik jugak aku bawak payung tp payung aku tu macam apa je kahkah macan nak tertanggal kalau kena tiup angin macam nak terbang tu pun ada ;p kahkah apalah kau ni payung. Haa aku sampai rumah pukul 5.40 gitu alhamdulillah :D nasib baik sampai rumah.  Habis semua plan aku hancur -.- tp nasib baik mak aku belikan KFC :) peh lega seh kahkah. Haa ada buah haneydew jugak!! sedap meh :) sebut pasal honeydew hmm teringat dekat dia :(  hmmm nanti dia balik yeay!! klah aku nak chaww dulu. Assalammualaikum :)

p/s: tak sabarnya tunggu awak bali :3 btw sorry tau sbb jiran kita tu awak tersentap :/ sorry sgt-sgt maybe dia tak perasan kot :( arghhhhhhhh soryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy :'(

Wednesday 27 February 2013

Ayam Ohh Ayam

Hi blogger :) kihkih. Kan semalam aku cakap aku ada buat eksperimen kan? so baru tadi kitaorang satu kelas buat. Peh pagi tadi aku tolanglah cikgu aku angkat apa-apa yg patut. Kebanyakkan kawan aku bawak makan utk support sikitlah tp aku tak bawak pape pun kahkah. Pagi tu aku dgn kwn aku haa Ipin dgn Dhiah pergi kantin nak order mee goreng yg okaylah kalau cikai punya takda pape pun -.-so kitaorg order utk 20 org. Then kitaorang satu kelas justt belajar sebelum rehat je selepas rehat kitaorg tak belajar pape pun sampai balik! pehh bestt gilee kahkah. Haa kitaorg kena bahagi 6 group sbb ada 6 ayam. Group aku haa Imran Hz, Imran Esham, Ipin, Nik dgn aku. Kitaorg memang sama-samalah setiap masa. Peh geli jugak aku nak pegang ayam tu dgn bau dia mcm tu hmm so aku beranikann diri aku peganglah ayam tu heee geli boleh! tp lama-lama best jugak kahkah. Nasib baik ada Nik salah satunya perempuan dalam group aku, haa dialah byk potong ayam tu utk dapatkan organ dalaman ayam. Susah jugak nak jumpa organ dalaman tu hmm. Dah susah payah dapat organ dalaman tu then cikgu terangkan sikit-sikit pasal organ tu then cikgu suruh buang dan kitaorg kena masak ayam tu! ;D . Haa aku ada tolong jugak potong ayam tu haa mcm best jugak. Dah siap potong tu semua, ayam tu kena perem haa nak buat ayam masak kunyit kot haha. Tp nasib baik kelas aku ramai perempuan dan semuanya boleh diharap, diaorglah yg tolong masak tu semua haa lelaki? kahkah, ada yg tolong haa ada jugak yg tolong habiskan makanan :p sbb lambat sgt ayam tu siap masak, lapar oii!! ada satu group ni haa group muaz diaorg buat pizza, peh sedap gila beb pizza dia! aku makan macam nak makan lagi seriously sedap ;3 aku pun nak cuba buat mcm tu jugak. Dah berjam-jam tunggu ayam tu masak, aku dgn kawan aku pergilah kantin haa nak amik mee goreng yg dah order pagi tadi. Masa dkt kantin haa kitaorg mintaklah mee tu tp korang tau tak dia masak bape?! 4 bungkus je!! -.- org cakap masak utk 20 org tp dia masak4 bungkus je -.- ishh apa punya makcik kantin lah terpaksalah tunggu sampai siap tp nasib baik cepat siap :) tah mcm manalah dia cepat buat hmm. Then ayam tu dah masak apa lagi masing-masing dah lapar haa ratahlah ayam tu hmm sedap oii ayam tuu! :) seriously memang sedap! aku makan sampai 2 ketul tuu pun dah full dah sbb sebelum tu aku dah curi-curi makan benda lain tu yg dah kenyang ;p ishh aku ni kahkah. Tp ni memang kenangan yg bestlah sbb tahun akhir sekolah :/ tsk tsk. Btw tadi memang aku enjoylah! ;p dapat makan ayam free haa dapat eratkan hubungan dgn classmate aku hehe. Okay habis pasal jamuan tu. Tadi koko Kelab Komputer aktiviti dia haa jawab crossword puzzle peh susah oii, dahlah byk -.- last-last cikgu bg jawapan dia sbb nak balik awak :3 hehe. Masa masa balik tu haa aku jumpa dia dekat kantin :3 dah lama jugaklah aku tak dapat berbual dgn dia lama-lama sbb dia busy :( haa pg tu aku ada bg dia 100 Plus dgn coklet hee aku kan dh janji dgn dia mestilah aku kena tepati :3 gambira jugaklah aku dapat tgk dia senyum :3 hmm eh klah aku nak kena buat hw! see you Assalammualaikum :)

p/s: hee best jugak dapat masa jamuan td btw thanks korang! korang memang terbaiklah! :) haa awak hehe nanti awk makan coklet tu eh? hehe btw kita dah fikir dah nak claim apa :3 tak sabar tunggu awak balik minggu ni ;p

Tuesday 26 February 2013

JAMUAN

Hi blogger :) wahh harini kelas tambahan kimia dibatalkan pehh best gila!!! kalau tak 2 jam aku belajar kimia. Tp aku kesian dengan Dia ;( sbb dia suruh aku tunggu dia dekat kantin masa balik kelas tambahan. Hmm tp aku takda member nak stay, kawan aku semua nak balik hmm tp at least aku dh bgtau dia dah. Td bila aku baca buku 'kita' haa aku kan nak belanja dia tp dia mintak air 100 Plus warna kuning? hmm aku pun fikir perisa apa kalau 100 Plus warna kuning. Aku nak dapat kepastian aku tanyalah member-member aku semua tp diaorg sekejap cakap ada sekejap cakap takda -.- isshh mana satu aku nak percaya niiiiii. So masa balik tu aku tanyalah dia, rupanya dia nak 100 Plus warna hijau haa Lemon. Warna perisa tu keliru sikit hmm hijau hijau kuning gitu. Haa masa balik sekolah aku terus beli apa yg dia nak tu tp aku belikan dia ceklet sekali ;3 bior dia tak larat nak lari lagi hehe. Okay! hmm esok aku ada buat eksperimen nak bedah ayam :)  haha. Haa tu eksperimen sp haa sbb buat eksperimen tu nak tgk organ dalamann ayam tu sebenarnya. Kalau dh selesai bedah tu semua so ayam tu takkan buang pulak so kitaorg kena masak haritu jugak! aku dahlah tak reti nak masak -.- tgk org masaklah lagi best haha. Then ada jamuan ringkas haha. Memang esok semua kunci perutlah sbb nak melantak nanti hehe. Harinikan hmmmmmmm tak perlu tau kot. Klah aku nak chaww dulu nanti ada masa aku updated. Assalammualaikum :3

p/s: haa awak makanlah ceklet tu puas-puas kay hee nanti awk gemuk susah pulak kita ;3 hehe. Kesian pulak nanti awak lapar dekat asrama :( sbb tu kita beli :D Arghhhhh taksabarnya nak jamuannn hehe

Monday 25 February 2013

TAHNIAH

Hi blogger :) akhirnyaaaaaaaaaaa larian dah tamat!! yeayyyyy. Inilah larian yg terakhir buat aku haa tahun depan dah takda lagi dah :(  tp ada lagi satu penyiksaan haa latihan olahraga -.- alaaa takpalah bukan penat sangat pun. Actually aku memang takda bakat dalam olahraga ni hmmm kalau takat lari tuu jelah yg boleh :D kalau lompat jauh, lompat tinggi dgn lomtar peluru tu hmm kirim salam jelah kahkah memang aku tak reti. Btw td masa lari pehh penat oiii, semua benda sakit termasuklah aku punya Tibia :/ btw korang tau tak Tibia tu apa? ;) hehe. Tibia tu sejenis tulang konkrit haa susah nak patahkan lol. Okay tipu! Tibia tu tulang kering yg korang selalu cakap tuu haa ni pun aku baru tau sbb tadi aku belajar bio :) best jugaklah topik ni tp terlalu banyak perkataan yg pelik-pelik kahkah. Okay tutup cerita pasal Tibia haa tadi masa lari aku memang saing dgn dedua Imran haa kita satu geng tp Camel tu beriya nak lari laju-laju, last-last dia ketinggalan nun jauh di sana kahkah. Kesian dia tulah degil sangat kahkah. Actually aku dah berapa minit berlari aku ketinggalan jugak dedua Imran tu dah jauh sgt-sgt haa nasib baiklah aku jumpa kawan aku haa kesian pulak aku tengok dia dah tak larat nak lari :/ so aku temankan dialahh. Haa dah lama sgt aku berjalan, aku dah gian nak lari so aku cakaplah dkt member aku tu haa nama dia Din yg aku nak lari so aku larilah. Lari punya lari last-last aku ternampak dedua Imran tu pehh lega gila masa tu dapat jumpa diaorang :p mcm beriya je aku cerita ni kahkah. Okay ni memang real story kay kahkah. So aku larilah dgn diaorg sampai tamat tp tak menang pape pun hmm yg penting dapat enjoy sikit sbb ni tahun terakhir ada larian haa dkt sekolah pulak tu :( tsk tsk tsk. Hmm sedihnya nak tinggalkan zaman sekolah hmmm. Okay dah takyah touching haa skrang kita chill je kay haha. Okay bila aku dah sampai sekolah dgn berpuluhnya satu hal haa dgn baunya hmm harum semerbak kasturi memang wangi sgtlah! lol. Bila aku nak naik kelas aku ternampak Dia!!!!! :3 for third time aku nampak dia tak guna spect hehe. Aku cubalah tegur dia tp dia hmmm macam takda mood je lagipun kawan dia cakap takyah kacau so aku akur then terus naik kelas. Peh lepak habis beb lenguh sana sini. Then ada penyampaian hadiah then then then korang nak tau tak *buka beriya* taknak tau sudah haa yg penting aku nak bgtau. Haa Dia dapat nombor 4 utk larian!!!!! :3 peh dahsyatlah betul Dia ni hehe aku ni apa je. Lepas dah selesai semuanya aku ternampak dia then aku cakaplah dkt dia "Tahniah:" :3 hehe. Haa aku suka bila dia senyum peh lega hati aku ni hehe. So aku dh janji dgn dia kalau dpt Top10 aku belanja dia haa from now aku kena simpan duit sikit-sikit takut tak cukup bajet pulak kahkah. Aku nak bg Dia makan byk-byk :3 hehe. Klah dah hujan lebat dgn guruh ni better aku chaww dulu. Assalammualaikum :)


p/s: Tahniah awakkkkk!!! :* kita tau awak boleh buat punyalah hehe. Nanti ada masa kita belanja awak kayy. Btw tahiah jugak kepada semua pemenang-pemenang tadi :)

Saturday 23 February 2013

Belanja

Hi blogger :) okay cakap pasal semalam! yag konsert tu. Peh suara Hafiz Hamidun merdu sangat-sangat :D sampai naik bulu roma aku ni kahkah. Seriously memang sedap! Live pulak tu aku tgk haa memang best. Memang terapi diri betullah haa nak betulkan diri aku yang tak betul ni. Kalau ada lagi haa aku nak pergilah. Okay tutup cerita pasal semalam haa esok ada larian!!!!!! arghhh tidakk!!!!!!! lol. Aku memang tak boleh menang punyalah sbb takda stamina :( kalau ada dah lama aku pecut dari awal sampailah sampai garisan penamat :p *muka beriya* sebut pasal larian ni haa Rabun aku tu pernah menang tahun lepas dapat Top 5 pulak tu :3 aku apa je yang dapat. Okay disebabkan tahun lepas dia menang haa aku dah janji dgn dia kalau dapat top 10 aku belanja! tp janji ni aku buat sendiri tanpa persetujuan dia pun sbb haritu nak cakap pasal ni hmmmmm dia busy kot :/ haa takpa kalau dapat Top 10 aku benja dia. Hadiah dapat dari Top 20 aku rasa dia boleh dapat kot :3 kalau dia dapat akuu dapat tgk dia naik atas pentas sambil tepuk tangan then kalau ada masa  haa belanja dia. Aku byk membebel pun tak boleh jugak haa aku nak tgk esok :D kalau dia menang dapatlah aku belanja dia hehe. Bagi dia makan byk-byk sampai dia dah tak larat nak berlari lagi :p kahkah. Klah nanti aku updated lagi. Assalammualaikum :)

p/s: Good Luck awak! nanti lari betul-betul sampai dapat Top10. Haa good luck jugak kepada semua budak sekolah aku. Fighting!!!!

Friday 22 February 2013

Sekolah Lama

Hi blogger :) harini banyak kali aku tido kahkah. Tp nasib baik hw tak banyak so boleh relax relax kejap ;p tak macam cuti haritu, nama je cuti tp hw berlambak-lambak -.- okayy takpa yg penting aku dah siap lagipun tahun ni SPM :D fuhh dah besar jugak aku ni walaupun nampak tak macam budak form 5 kahkah. Aku baru lepas jawab soalan addmath tajuk integration hmm aku dah cuba tapi tak dapat :/ sbb tulah aku melencong ke sini kahkah. Lgipun aku tengah fikir apa silap aku dekat dia :( hmmmm. Haa malam ni aku tak confirm lagi pergi ke tak Konsert Zikir Terapi Diri hmm nasib baik masuk free je takyah bayar :p hehe.Kalau aku rajin aku pergilah. Haa btw congratulation kepada Hobbits TSNI :) walaupun dapat tempat kedua tp terbaiklah korang! MSSD tuuuu. Sebut pasal TSNI ni hmm rindu pulak dgn kawan-kawan dekat sana :( macam-macam aku tau bila aku dekat sekolah sana hahahaha. Daripada tak tau pape haa innocent gile last-last tau macam-macam hahahahaha. Macam nak pindah je pergi sekolah lama tp aku lebih selesa bila dekat sekolah sekarang :) klah aku nak chaww dululah. Assalammualaikum ;D

p/s : kalau awak ada sekarang nikan best! boleh kita temankan awak  :) boleh kita bergurau dgn awak. Hmm lama lagilah awak nak balik :(

What Should I Do?!

Hi blogger aku skrang ni takda mood ;/ dari pagi tadi dkt sekolah sampailah sekarang. Hmm mcm mana nak cakap ek? hmm aku tak tau apa salah aku dkt dia. Aku binggung dgn stress fikir pasal bendaa ni dari tadi :( tak taulah kenapa bila aku nak cakap something mesti dia macam nak mengelak, mungkin dia busy kot sbb tulah mcm tu hmm sokaylah maybe tu memang salah aku kot sbb tulah jadi macam tu. Haa dia dah tarik diri dari kawad kaki so lepasni senanglah aku nak berbual dgn dia lama-lama :) kalau sebelum ni susah sbb dia ada kawad. Haa bolehlah stayback sama-sama, aku nak ajarkan dia! :3 hehe.Dia skrang duduk hostel so susah nak cantact lama-lama. Kitaorg dah buat satu perjanjian kalau aku dapat 8A utk first exam dia akan belanja haa aku nak jamlah! dia pulak kalau dia dapat 5A aku belanja dia jam! :) hehe. Tapi hmm maybe aku patut ubah diri aku supaya aku lebih banyak cakap utk elakkan dia bosan bila dgn aku. I think so.........

p/s: awak baliklah cepatt lama kita nak tunggu :'(

Oh My Rabun :)

Asalammualikum haa dah lama aku tak updated blog hmm sbb busy nak study maklumlah tahuni ni Espiyeemmm :p kahkah. Dah berhabuk dah blog aku ni *fuhh fuuhhh* aku nak updated blog ni sbb aku punya Rabun tetiba cakap pasal blog haa sbb tulah aku teringat dgn blog aku ni :) haa diaa ada blog tp dia dah tukar link :/ tak tau kenapa tp dia pun tak tau yg aku ni ada blog HOHOHO. Haa sebut pasal Rabun ni haa korang kenal tak? XD haha aku rasa tak perlu kenal kot aku flying kick korang karang baru tau :p takyah nak mengada ngada kahkah. Haa aku nak cerita pasal Rabun aku skrang ni sbb dia pernah cerita pasal aku dkt blog dia tp skrang dh tak boleh bukak :/ hmm sokaylah. Okay Rabun! hmm dia ni lainlah haa dalam byk perempauan yg aku kenal dia ni yg paling aku rapat. Dia suka tau layann kepala aku tau heee sukanya ;p dia ni kadang kadang boleh buat aku tersengih sorang sorang haha. Haa lagi satu!sbb dia sifat pendiam aku terhakis dan aku kadang kadang dah byk cakap haha btw thanks awak! :* . Haa dia pernah gelarkan aku Mr. Honeydew ;) haa kebetulan jugak aku memang suka minum honeydew sama dgn dia pulak tu! Okay dulu aku anggap dia dia kawan aku je sbb ada kisah disebaliknya ;/ hmm tp sekarang aku dah anggap dia lain dah! *kenyit mata* dia ni Catalyst aku, haa yg paling penting dia ni someone that me always smile :* aku mcm tak boleh nak merenggang daripada dia. Susah sgt sgt! Dia ni awesome kadang-kadang ;3 Dia dahlah athelete sekolah aku ni apa je ;/

             haa gambar ni aku curi dari blogg dia ;p


Okay kita harap awak selalu ada dgn kita tau! :) awak jgn nak lari mana-mana tau nanti kita kejar awak sampai kita dapat ;3

p/s: haa awak baca yg ni je tau yg bawah-bawah tu jgn baca sbb tak best :) awk ingat apa yg kita cakap tau :3