Monday 30 July 2012

HADIAH HARI GURU

Suatu pagi di dalam sebuah kelas 4 Slow *kelas sapa lettuw* hehe, di sebuah sekolah rendah di kawasan pendalaman. Ada seorang cikgu Bahasa Melayu mereka iaitu Encik Syairulnizam. Cikgu Nizam sangat kacak dan tough *tangan di dada mata ke atas* di dalam sekolah tersebut. Setiap kali Cikgu Nizam melalui kaki lima di kawasan sekolah tersebut, ramai pelajar perempuan terutamanya Bukan lelaki hehe akan mengilai seperti Pontianak Harum Sundal Pagi *harum ke? :) contohnya mereka akan menjerit

 "Cikgu Nizam ke tu? Wah hensemnya!"
 "Bergayalah cikgu tu.... kalaulah aku jadi isteri dia" <------- Perasan!
Tapi sayang seribu kali sayang, Cikgu Nizam sudah berkahwin hehe. Pada waktu Bahasa Melayu di kelas 4 Slow, Cikgu Nizam sedang memberikan cadangan kepada murid muridnya yang agak 'Slow' tentang hadiah sempena Hari Guru esok

Situasi: Waktu Bahasa Melayu

Cikgu: Saya tak kisah apa-apa jenis hadiah yang kamu nak berikan *dalam hati macam macam dia fikirkan*
Ipin: Tapi cikgu hadiah macam mana yang cikgu nak? *sambil memikirkan sesuatu*
Cikgu: Cikgu cadangkan begini, kalau bapa kamu penanam jagung.....jagunglah hadiahnya, jika nelayan ikan pun boleh...... * cakap dengan nada yang hampa*
Murid-murid: Ohhh.... begitu.... Baik cikgu!

Situasi: Keesokkan harinya

Penuh meja Cikgu Nizam dengan pelbagai hadiah.... macam-macam adaa :) . Tersenyum lebar cikgu sampai tak ingat dunia. Kadang-kadang dah nampak macam orang gila terlepas dekat Tanjung Rambutan hehe.

Cikgu: Hah, kenapa kamu berpeluh ni  Ajiz? Datang lewat pulak tu! *cakap dengan nada yang garang*
Ajiz: Usung hadiah cikgu... tu ada dekat luar * cakap dengan keadaan tercungap cungap dan memunjukkan hadiah itu di luar kelas*
Cikgu: Ya Allah, batu nesan Ajiz?????? saya tak mati lagi!
Ajiz: Haa..... Haah cikgu *cakap dengan penuh bangga dan gagah perkasa*
Cikgu: Ayah kamu kerja apa?
Ajiz: PENGGALI KUBUR cikgu! :)
Cikgu: Patutlah...... *dengan keadaan yang hampa dan ada sedikit bengang*

(Semua murid-murid 4 Slow ketawa terbahak-bahak macam tak ingat dunia)

Bermula pada hari itu, Cikgu Nizam berazam akan menjaga kata-katanya supaya tidak berlaku keadaan itu lagi. :)

~The moral of the story *wahh gituu*hehe, kita mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap kerana ada perpatah mengatakan "kerana mulut badan binasa"~

   *Sketsa ini tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang mati mahupun yang nyata*


Have Fun! *fun fun fun fun* hehe. Assalammualaikum :)

No comments:

Post a Comment