Sunday 29 July 2012

NIKMAT RAMADHAN

    Assalammualaikum, Ramadhan datang lagi *yippie! hehe. Syukur kepada Allah kerana telah memberi kita peluang untuk sekali lagi meaih barakah dan rahmah daripada Ramadhan, Insya Allah :) . Ramadhan lebih dikenali sebagai bulan puasa iaitu bulan untuk menahan lapar dan dahaga di siang harinya dan tidak terlupa Nafsu.
     Sebelah malam pula, ramai yang memenuhi masjid mahupun surau untuk menunaikan solat tarawih katanya :) . Dalam masa yang sama, ramai orang mengambil kesempatan untuk mengubah diri mereka kepada yang lebih baik, Alhamdulillah :D . Contohnya ada yang sebelumnya tidak solat, tidak menutup aurat dan ramai juga yang kerap mengumpat! ish3x telah mengubah diri mereka dengan mula mengerjakan solat lima waktu, mula menutup aurat dan berpakaian sopan dan yang paling penting mengurangkan aktiviti mengumpat! :) . Kalau ada yang terlepas pasti ada peringatan contohnya:

     "Ish!!!! Kau ni..... bulan puasa ni!!!" <------- Betul tak? :)
     Hakikatnya, solat lima waktu, menutup aurat dan mengumpat bukan hanya ditinggalkan pada bulan ramadhan saja. Ada orang kata ni namanya Hipokrit! . Mungkin lebih sesuai dan afdal dengan kemuliaan bulan Ramadhan, ramai yang lebih mengambil berat untuk melaksanakan syariat Allah ini tika bulan Ramadhan. Tak mengapalah! Lebih baik berubah ketika Ramadhan ni hah daripada tidak berubah langsung. Betul dakk? hehe. Agar perubahan yang kita usahakan berpanjangan hingga Syawal dan hari-hari seterusnya, Amin

     Kata orang tua kita, sesuatu yang kita amalkan melebihi tujuh hari akan menjadi sebuah tabiat. Ramadhan kan 30 hari tidak mustahil perubahan yang kita cuba lakukan ketika Ramadhan akan berterusan *mudah mudahan :) .

    Gunakan juga Ramadhan ini untuk lebih menyemarakkan kasih sayang suami isteri juga ibu bapa dan anak anak dan dilupaka pacikk dan macikk hihi. Sama-sama bersahur, sama-sama berbuka dan sama-sama berjemaah mengerjakan solat tarawih. Dengan ini, kita dapat merapatkan hubungan ukhuwah sesama kita.
Mudah mudah kita dapat menikmati Ramadhan dengan menerjakan amal soleh dan muhasabah diri :)
    

No comments:

Post a Comment