Saturday 4 August 2012

BELAJAR SECARA BERKUMPULAN

     Belajar secara berkumpulan memang menyeronokkan. Ia mampu memberi banyak manfaat dan kebaikan asalkan caranya betul.
  Pelajar yang mahirdalam satu-satu matapelajaran dapat membimbing pelajar yang lemah. Tak baik kita kedekut ilmu dekat kawan kita, ia bukan merugikan tapi dapat memberi banyak manfaat terhadap kita. Dalam proses ini, berlaku dua perkara, iaitu diajar dan mengajar. Orang yang diajar dapat memahami topik yang dirasakannya sukar. Orang yang mengajar pula mampu meningkatkan kemahiran mendapatkan pengetahuannya dalam tajuk itu. Bagi mendapatka manfaat yang maksimum, belajar secara berkumpulan perlu dilakukan mengikut cara serta strategi tertentu.
  Pertama, belajar secara berkumpulan lebih sesuai diadakan ketika peperiksaan semakin hampir. Dengan ini, setiap ahli kumpulan sudah membuat persediaan dan ada sesuatu yang dapat dibincangkan. Sekiranya diadakan pada awal semester, ahli-ahli kumpulan masih kabur dan banyak masa akan terbuang.
  Kedua, setiap ahli kumpulan kumpulan perlu ada disiplin diri yang kukuh. Cuba tahan diri daripada berbual kosong dab melakukan perkara sia-sia haha*sapa lettuw?. Pastikan dalam setiap pertemuan, ada objektif dan matlamat tertentu.
  Ketiga, jangan terlalu membuang masa kepada satu perkara, persoalan ataupun topik. Sekiranya perbincangan menjadi buntu, bincangkan topik lain pula. Utarakan kepada guru sebarang perkara yang menjadi kebuntuan dalam perbincangan.
  Akhir sekali,pastikan kebolehan seetiap ahlikumpulan seimbang. Maksudnya, ada pelajar yang pandai, ada pelajar sederhana dan ada pelajar yang lemah. Sekiranya semua ahli adalah palajar yang pandai, tidak banyak kemajuan dapat dicapai. Begitu juga sekiranya semua ahli adalah pelajar lemah.
  Jadi, kepada para pelajar yang bakal menghadapi ujian dan peperiksaan, jangan lepaskan peluang belajar secara berkumpulan. Cari ahli, tetapkan masa serta tempat pertemuan dan belajarlah dengan seronok. Sekiranya boleh, carilah ahli yang sejantina. Dengan itu, perbincangan dapat diadakan debgan mudah dan terbuka.


   



       

                                                                                                             

Assalammualaikum xD




No comments:

Post a Comment